Monday, 9 July 2012

CARA MENANAM RUMPUT

Masalah rumput yang selalu berlaku andalah kegagalan memilih rumput yang sesuai.Asas pemilihan rumput seperti berikut :
  1. Kegunaan; adakah rumput itu ditanam untuk menghias kawasan keliling rumah, taman permainan kanak-kanak, padang bola, padang golf dan sebagainya.  Kegunaan akan menentukan jenis rumput.
  2. Kemampuan: dari segi penjagaan; berapa kali sebulan atau seminggu kita sanggupan untuk memotong, membaja atau berapa jam sehari anda sanggup habiskan untuk membuang rumput liar. Kita boleh bahagikan kepada kategori; tinggi, rendah dan sederhana. Jangan ambil rumput yang perlukan tahap penjagaan yang tinggi jika kita tak ada masa untuk bela. Kemampuan: dari segi belanja yang sanggup kita keluarkan; ada rumput yang memerlukan lebih banyak baja atau racun untuk penjagaan.
  3. Keadaan; kawasan yang akan ditanam; adakah ia berdekatan dengan bangunan atau ada banyak pokok?  Setengah jenis rumput memerlukan lebih dari enam jam sehari cahaya matahari yang terang
Tiga jenis rumput yang popular ditanam dihalaman rumah. Ketiga-tiga jenis rumput ini amat berbeza dari segi habitat pertumbuhan, penjagaan dan pengaruh pengudaraan persekitaran
  • Rumput Carpet 
  • Rumput Mutiara 
  • Rumput Padang 
* Oleh itu kepada anda yang ingin menanam rumput dihalaman rumah, pastikan kesesuaian kawasan
halaman rumah anda, citarasa dan inspirasi anda serta yang paling penting adalah tahap kemampuan
penjagaan anda kepada rumput yang anda tanam. Jika anda gagal mengawal rumput yang ditanam
akan menimbulkan pelbagai masalah persekitaran rumah anda.

Spesifikasi penanaman :-
  1. Tanah ( tapak tanaman ) perlu diratakan 
  2. Taburkan ( top Soil/ pasir halus dan baja organik )
  3. Semaikan benih rumput samada akar, benih atau instant turf )
  4. Lakukan siraman terus selepas menanam
  5. Bulan pertama - Perlu cabut mana-mana rumput liar yang tumbuh
  6. Bulan kedua - Triming kali pertama dan siraman dengan baja NPlus - Liquid Fertilizer
* Seterusnya adalah kerja-kerja membuang rumput liar dan triming mengikut jadual.
Selamat menanam rumput dihalaman rumah anda

Dapatkan Khidmat Nasihat dan Pandangan PERCUMA Persoalan 

RUMPUT & LAMAN ANDA. 
Kami Pembekal RUMPUT  MALAYSIA Terus Dari LADANG.

PERKHIMATAN Menanam Rumput KAMI ADA SEDIAKAN.
(Upah+Racun+Pasir+Lori+Rumput+Baja+Rata Tanah)
KERJA LANDSKAP KASAR KAYU, GAZEBO, PARGOLA  dan  AIR TERJUN   
** Sila hubungi atau email kepada kami untuk mengetahui harga dan sebutharga **

TAPAK JUALAN  
NUSERI PASAR TASIK TAMBAHAN 68000 AMPANG (SELANGOR).
HUBUNGI 
TEL:  012 6667501           FAX: 03 42969621       eMAIL : grass2u@gamil.com

No comments:

Post a Comment